08 March 2013

International Women's Day

Assalammu'alaikum WBT...

Hari ini, 8 March 2013, adalah hari special bagi semua kaum wanita.

Sebenarnya banyak keistimewaan seorang wanita ni, antaranya;



            Happy International Women's day to all the woman around the world!!




04 March 2013

At 33 weeks

Assalammu'alaikum WBT...

Alhamdulillah sekarang kandungan dah 33 minggu.....Masa belum 30-an minggu rasa sekejap je masa berlalu tapi bila dah hampir waktu nak bersalin rasa macam lama pula hehe. Apapun saya akan tetap sabar, maybe baby still needs her time...hopefully, baby akan keluar bila cukup bulan nanti, biar kasi dia kuat dan fully develop dulu...=)

Masa 32 weeks haritu rasa baby sangat aktif tendang and then boleh nampak wave movement kat perut. Kalau dapat duduk kat sofa untuk berehat mesti duk tengok perut macam ada benda bergerak dalam tu, even masa Ayahnya letak tangan kat perut, dia tendang2 hehe

Now bila masuk 33 weeks, setiap kali dia gerak, saya rasa sangat ngilu, kadang2 sakit juga....maybe badan dia semakin besar and from what I read, tulang dia pun semakin keras. Probably that's the reason! But saya tak kisah, as long as baby banyak gerak...I'm happy, that way I know baby is doing fine dalam tu. My Aunt who used to be a Nurse, ada juga remind suruh count baby kicks at this time around sebab sangat important katanya. So far baru buat 2 hari =P....but InsyAllah pasni nak check diligently.

Katanya dalam 12 jam, baby should have at least 10 kicks. If less than 10 kicks, kena pergi hospital and check sebab baby might be:

- Lemas
- Kekurangan Oxygen
- Terbelit dgn tali pusat

So what we can do is, kita prepare satu chart for 10 kicks then record by ticking in the chart box every half an hour (1 tick = half an hour)......then catit waktu last kita rasa kick tu. For me, baby selalu bergerak whenever saya berehat di sofa. Kalau saya buat kerja rumah memang jarang la rasa dia bergerak. Maybe dia rasa macam kena hayun dalam buai and tido hehe. So kalau nak rasa dia gerak, kena duduk kat sofa then kira.

Some other things yang saya encounter masa week 33 ;

* Saya kerap buang air besar and kecik...especially buang air kecik....kadang2 rasa penat juga asyik ulang alik ke toilet.

* Rasa benda heavy kat bahagian V....like something pushing it downwards....based from my reading it's either baby's head dah ke bawah or kencing kotor. If kencing kotor kena minum banyak air kosong.

* Susah tido malam....nak ngiring ke kanan sakit...ke kiri pun sakit....kalau nak tukar position, kena pusing slow2 huhu~

* Kaki bengkak....if banyak sangat berjalan....but usually during the night, saya akan sapur minyak Mestica tu kat kaki pastu sarung stocking....should be OK in the morning. Kadang2 minta suami urutkan kaki =P

* Rasa panas...hehe tak tahu if orang lain pun rasa gitu tapi saya akan sentiasa rasa panas, kipas kat rumah pun pasang macam ribut still rasa panas. (or maybe sebab cuaca sekarang memang panas)

* Batuk-batuk....don't know whether memang stage ni common orang batuk or sebab saya minum air sejuk heee....sampai suami bebel2 jangan minum air sejuk, tapi since we're in hot and humid Malaysia, air sejuk tu macam susah nak resist =P......at the time being saya nak avoid pergi clinic and take medicine so saya ada baca petua2 and just minum air lemon madu suam je.

So far tu jela yang rasa.....if ada lagi, saya akan include later.

27 February 2013

Article tentang Pantang in Harian Metro

In case you miss out,on Harian Metro harini ada article about berpantang secara traditional which I find it interesting to share. =)

Here's the article:

Kelebihan 44 hari

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

Ramai wanita terutama ibu moden masa kini memandang mudah pada amalan berpantang selepas bersalin sehingga tidak mahu mengikut kaedah tradisional terutama perkara yang dianggap menyusahkan diri. Antaranya, minum air campuran herba kerana tidak sanggup menahan rasanya yang pahit, memakai bengkung kerana tempoh melilit yang lama serta bertungku.

Namun sebenarnya, semua amalan berpantang dari saat melahirkan anak sehingga tamat tempoh 44 hari mempunyai maksud tersendiri serta kebaikan yang diperoleh bukan saja dalam tempoh berpantang malah sehingga akhir hayat.


Walaupun ada sesete­ngah tanggapan ia waktu yang membosankan kerana terpaksa menunggu 44 hari, mereka yang mengetahui rahsianya akan mempergunakan sepenuhnya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam.


Menurut Zuzana Zulkaffle daripada Postnatal Care & Beauty House, pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan mengganggu keseimbangan hormon dan wanita mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Ketika melahirkan anak pula, mereka menggunakan sepenuh tenaga sehingga banyak urat saraf tercedera dan luka.


“Dalam hal ini untuk mengembalikan tenaga serta memulihkan luka, penjagaan makanan amat penting.


Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan minum air segelas sehari saja.


“Diet begini tidak lagi sesuai pada masa kini kerana kurang zat serta terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itu pemakanan haruslah seimbang dan mengandungi semua zat diperlukan tubuh,” katanya.


Dalam hal ini pengambilan ikan amat digalakkan ketika berpantang kerana ikan mengandungi protein dan sangat baik untuk penyembuhan luka. Antara ikan yang disyorkan termasuk haruan, belut dan ikan merah sama ada dibuat sup, dibakar atau dikukus. Ikan berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang dikhuatiri akan menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.


Selain itu, jenis ikan yang menyebabkan kegatalan serta menimbulkan reaksi alahan juga tidak digalakkan antaranya kembung, tamban, cencaru atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong dan kerang.


Zuzana yang mahir mengurut dan mengadakan perkhidmatan dari rumah ke rumah turut menyediakan makanan untuk wanita berpantang terutama makanan tengah hari. Ini bagi memberi peluang kepada wanita kota merasai nikmat berpantang sebenar sekiranya mereka bersendirian di rumah.


“Selain amalan berpantang seperti berurut, bertungku dan berbengkung, saya turut menyediakan makanan berpantang di rumah. Untuk minggu pertama selepas bersalin saya menyediakan nasi yang dimasak bersama daun lemuni hitam. Daun ini mempunyai banyak khasiat iaitu mengembalikan tenaga serta melancarkan peredaran darah. Nasi ini sesuai dimakan bersama sup ikan merah atau sup haruan,” katanya yang turut menyediakan ulam-ulaman seperti pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, lemuni hitam, sekentut, cemumar, pudina, bebuas dan ruku.


Ulam-ulaman ini mengandungi serat, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuk A, C dan E serta bersifat antioksida.


“Saya juga memastikan hidangan mengandungi sayur-sayuran seperti brokoli dan lada benggala kerana sayur-sayuran ini tidak berangin dan mempunyai khasiat yang tinggi. Tetapi elakkan mengambil sayuran menjalar, sejuk serta berangin seperti kangkung, timun, keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, kacang panjang, petola, labu, rebung, petai, jering serta terung,” jelasnya yang turut menggalakkan ibu mengambil buah-buahan seperti anggur dan epal.


Selain itu, mandi menggunakan air rebusan dedaun pada waktu pagi selama seminggu mampu memberi kesegaran, menguatkan otot badan serta memberi haruman pada tubuh. Lebih elok dilakukan selepas selesai bertungku dan berurut dan diamalkan sepanjang tempoh berpantang atau dua minggu selepas bersalin.


Menurut Zuzana, di kampung banyak daun kayu dan pucuk muda boleh digunakan sebagai air rebusan mandian.


Antaranya daun kunyit, serai wangi, kacip fatimah, pandan, lengkuas, daun pisang kelat, daun inai dan daun mengkudu.


“Namun bagi mereka yang tinggal di kota, saya membawa semua daun ini ke rumah pelanggan dan menyediakan air rebusan mandian untuk mereka. Saya juga menasihatkan wanita supaya memulakan jirusan pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan.


“Proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan. Daun rebusan itu juga boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit,” katanya yang mengakui amalan mandi sebegini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.


Memiliki Ijazah Sarjana Muda Urutan Tradisional Melayu daripada Politeknik Shah Alam, Zuzana menambah, urutan sebaiknya dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut atau pada penghujung pantang pada hari ke-42 hingga ke-44, hari ke-60 dan hari ke-100 pantang.


Tujuannya untuk memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin dalam badan, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut, mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta melancarkan pengeluaran susu badan.


“Urutan dilakukan menggunakan minyak yang dibuat sendiri menggunakan herba tradisional kacip fatimah, halia, kunyit serta bawang putih dan merah,” katanya.


Amalan bertungku pula penting kerana dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin dan mengecutkan urat selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Selepas bertungku biasanya darah nifas mengalir lebih lancar. Tungku yang diperbuat daripada besi perlu dipanaskan kemudian dibalut kain yang dilapik daun mengkudu.


“Kesan panas daripada tungku akan meresap ke dalam daun dan merawat bahagian badan. Proses ini dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari dan di atas perut,” katanya yang menggalakkan ibu bertungku selepas habis pantang.


Selepas bertungku, perut disapu dengan ubat barut yang dicampur bersama minyak, kapur sirih dan perahan limau nipis kemudian kain sepanjang 15 meter dililit bermula di kawasan pinggang hingga ke pinggul bertujuan mengurangkan rasa sakit di perut, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut dan memulihkan kawasan rahim. Ini berbeza dengan bengkung moden yang hanya menggunakan pelekat.


“Selain itu, wanita digalakkan memakai param ke seluruh badan bagi mengelak badan dimasuki angin serta pilis di dahi supaya dapat menghilangkan rasa pening kepala. Namun kini, ia semakin kurang diamalkan,” katanya.


Bagi ibu yang bimbang anak mereka mengalami masalah demam kuning, selepas bersalin Zuzana mencadangkan ibu minum campuran jus kurma dan manjakani yang membantu mengurangkan masalah kuning pada bayi. Malah kurma berkhasiat memberi tenaga manakala manjakani ejen terbaik mengubati luka selepas bersalin. Serbuk manjakani juga sesuai ditaburkan pada hidangan untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman.


Tambah Zuzana, peringkat penjagaan dalam pantang ini bukan hanya sesuai untuk ibu yang melahirkan anak secara normal malah sesuai untuk kelahiran pembedahan.


“Mungkin pada awal kelahiran, ibu tidak boleh bertungku dan berbengkung sehingga selepas seminggu bersalin dan mengelak menyentuh kawasan pembedahan. Namun dari segi pemakanan, ia sama saja,” jelasnya yang berpengalaman 11 tahun dalam bidang rawatan selepas bersalin.


Dia yang membuka pusat rawatan selepas bersalin di Sungai Besi ini menyediakan pakej bermula seminggu selepas bersalin atau sehingga selesai tempoh berpantang termasuk rawatan urutan badan, bertungku, mandian herba, mandian dan urut bayi serta penyediaan makanan untuk ibu selepas bersalin.


Bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat selepas bersalin boleh melayari laman sesawang www.zuzanapostnatalcare.com.my.



Foto
Nasi Lamuni..........wonder how it taste like?
Ada sesiapa pernah rasa? =P

26 February 2013

Surah-surah Amalan Ketika Mengandung

Assalammu'alaikum,

Di sini saya sertakan surah surah yang elok ibu- ibu amalkan sepanjang pregnancy mereka. Actually kalau baca satu Al Quran pun takpe....hehe...Mentioning about this, saya teringat kat seorang pelajar medic yang saya pernah kenal dulu sewaktu berada di Mesir. Dia ni mmg kawan kawannya kata seorang genius. Mama saya telah ambil dia jadi cikgu tusyen di rumah, time tu saya busy nak ambil peperiksaan penting. Pernah Mama saya tanya macam mana dia sentiasa dapat cemerlang dalam pelajarannya. Katanya selain berusaha study, sewaktu dia berada dalam kandungan ibunya, ibunya mengajar mengaji kepada kanak2 dan juga membaca satu Al Quran. Dia kata maybe that was one of the reason juga.


Alhamdulillah dari mula pregnancy saya, saya telah bermula membaca Al Quran iaitu dalam bulan July 2012 sehingga khatam pada bulan January 2013. Azam asal sebenarnya nak khatam dalam bulan Ramadhan 2012 tapi tak dapat pula nak habiskan as target. At that time saya pun tak tahu saya tengah pregnant so saya go on jela baca Al Quran dengan niat nak habiskan.

Bila dah khatam Al Quran last January, baru saya start amal surah surah pilihan ni then bila nak dekat tiba masa due date (like now!) baru saya kerap baca Surah Maryam, Surah Yaasin dan Surah Hujurat.

No matter how busy you are, spare some time untuk baca surah-surah ini ya, semoga baby keluar nanti akan familiarize dengan ayat ayat suci Al Quran ini. This is one way kita boleh didik baby kita since dalam kandungan. Semoga baby kita menjadi anak yang soleh, taat kepada agama dan ibu bapa dan anak yang akan menyenangi ibu-bapa mereka. 

P.S: selain rajin mengaji, jangan lupa jaga solat dan rajin mengerjakan solat sunat seperti solat taubat, solat hajat dan solat tahajud di tengah malam ye.


Me @ 8 months :)

All the best ibu-ibu!

Wassalam....

Salam Perkenalan

Assalammu'alaikum

This is Fariha. Tujuan saya create blog ini untuk cherish every moment of my new life as a mom-to-be. Although now saya sedang sarat in my 32 weeks, I guess it's still not that too late to share it, right?! =P